Tuesday, 17 January 2012

Benda nak kena pek dalam beg balik kampung

Salam.

Ok. Raya Cina 23 Januari 2012. So ape hal yang kome-kome pon sama tumbaih nak sesakkan jalan raya ni? Oohh... I get it. Satu Malaysia huh? Ok lah. Balik kampung is Malaysian long embedded culture yang tak leh dah siapa pon nak delete. Dulu kat law school, in jurisprudence class I remembered I learnt about 'Grundnorm' masa 4th year dulu. Maksudnye..... err... tertido la plak masa dalam kelas dulu.

But seriously Nana rasa you know where I'm getting at. Balik kampung ni adalah culture semua orang kat Malaysia. Tak kesah la raya apa pon (Ponggal ke pun) mesti semua nak pack for kampung. Kalau kat KL ni, hari jumaat memang gilerrrr. Jam yang halal adalah jam nenas dan apricot tapi jam haram ialah traffic jam kat KL spesifically depan tesco ampang. Haram J punya jam. Boleh stuck 1/2 hour to 45 mins taw? Gila? Memang gila!

Pada yang nak balik kampung, berhati-hati di jalan raya. Jangan lupa, selain dari baju-baju glam anda (yang anda nak tayang kat orang kampung tu) sila pay attention kepada blog ni.

Anda juga memerlukan:

1. Sunglasses

So that korang boleh la nampak ala-ala Erra Fazira di kampung halaman nanti

2. Tisu basah aka wet wipes

Kalau ada anak-anak tumpahkan mee goreng/ gulai lemak atas seat kereta, boleh la lap.

3. Botol air (banyak-banyak)

Tak dahaga ke nanti? Bawak extra. Takut kereta ape-ape hal plak.

4.Towel

Ni untuk budak-budak kalau-kalau la nak mandi pantai (mesej khas untuk orang Penang macam Nana)
Tapi kalau bukan orang Penang pon, pek la extra. Balik kampung kan takde masa nak basuh-basuh smer.

5. Disposable undies

Ape gelak-gelak? Ni penting la. Pakai dan buang je. Sebab balik kampung ni kena grab opportunity untuk melawat sanak sedara, jalan-jalan cari makan, shopping, so save some time ok?

6. Minyak cap kapak

Ini kira penting buat mereka yang tak tahan perjalanan jauh. Calit atas kening untuk mengelakkan kemalangan! Haha..

7. Lip Balm

Balik kampung ni selalunya kena jumpa anak pinak, tok nek, etc. Jumpa orang tua-tua kena smile. Nanti depa ingat tak suka kat depa. Macam mane nak smile kalu ada chapped lips? Sakit dowh nak senyum.
So lip balm will come in handy!

8. Presents untuk sanak sedara

Last but not least, don't forget to pack some pressies for your mom and dad, anak-anak buah, etc. Fridge Magnet pon kira ok la.. Hey, thoughts that count ok?

So, Nana hope those yang akan balik kampung Tahun Baru Cina nanti berhati-hatilah di jalan raya. Ingat! Pandu cermat jiwa selamat.

Gong Xi Fa Cai (ang pow gia lai)

Tata!

No comments:

Post a Comment