Thursday, 19 January 2012

Bulu Mata Rozita Che Wan - selentik bodynye!

Salam.

Entry Nana pasal perbezaan Rozita Che Wan dulu dan sekarang telah mendapat sambutan. Dekat 100 pageviews dalam dua hari. Kira ok la untuk seorang blogger baru macam Nana. Thank you kepada kamu-kamu yang telah sudi meluangkan masa membaca. Love u!

Kalau macam ni, Nana boleh jual barang la. Sebab rupanya ADA pengunjung blog humble Nana ni. Ingatkan takde. Heee... Entry pasal Azwan Ali pon dah nak cecah 80 pageviews. Tu baru sehari. Ternyata Malaysian suka pasal hiburan. Tu yang Sham Kamikaze berdakwah dalam hiburan tu. So Nana nak berdakwah jugak lah pagi ni.
Rasulullah s.a.w. menegaskan: “Allah melaknat wanita yang menyambung rambutnya dan meminta rambutnya disambung.” [Shahih al-Bukhari, no: 5934] Maksud menyambung rambut ialah mengambil rambut wanita lain untuk disambung ke rambut sendiri. Ia dilarang, sekalipun sekadar hajat atau permintaan untuk melakukannya.

Selari dengan berkembangnya teknologi manusia, pada masa kini teknik menyambung rambut telah diganti dengan teknik memakai rambut palsu. Namun dari sudut hukum, ia tetap sama yakni ia dilarang. Juga berdasarkan kaedah qiyas (analogi), maka dilarang juga memakai bulu palsu sama ada di kening atau kelopak mata. Tidak dibezakan sama ada rambut palsu atau bulu palsu itu adalah daripada makhluk lain atau buatan manusia, ia tetap dilarang.

Namun para ilmuan Islam memberi pengecualian kepada larangan di atas, iaitu bagi mereka yang mengalami kecacatan, penyakit atau kemalangan yang menyebabkan kehilangan rambut, kening atau bulu mata. Bagi kes-kes terpencil ini, dibolehkan memakai rambut palsu serta kening atau bulu mata palsu.
Credit untuk HafizFirdaus

Bila sebut  pasal Cik Ta (panggilan manja Rozita Che Wan) semua orang pasti terbayangkan bulu matanya yang lentik tu kan? And she always appear in public with her blue lense. Tak caye?



See... Nana never lie although Nana is a lawyer.

Mata adalah salah satu deria paling menawan anugerah Ilahi. Orang kata, dari mana datangnye cinta? Dari mata turun ke hati. Ececeh Nana! Teringat masa kali pertama bertentang mata dengan Hubby dulu. Hubby dulu memang pemalu orangnye. So as I. But we bertentang mata masa he came to my Grandma's house back in 2002. Dah kawen ni baru Hubby mengaku he had always eye on me whenever he goes to the mosque. (rumah Tok Mama in front of the mosque) Tu la Nabi suruh tundukkan pandangan! Sebab pandangan itu panahan syaitan. But alhamdulillah... we ended in a blissfull marriage. Tak de la sia-sia kumpul dosa berpandang-pandangan. (beristighfar dan insaf sebentar)

Back to Cik Ta's bulu mata, Nana suka tengok tapi tu lah....dilarang pakai bulu mata ni sebab qiyas kat hadis di atas. Korang timbang-timbangkan la yang mana baik yang mana buruk. Kalau korang nak tau, Cik Ta punya bulu mata palsu ni is only RM1.00! Yup, sehengget ja.

Dia tak malu pon mengaku kat hot fm masa kena temuramah pagi ahad. So kalau satu hari dia ganti 2 kali, dah RM2. Seminggu dah RM14. Sebulan dah RM60. Tu dah boleh buat cover toll Nana turun naik DUKE. Haha. Artis..artis..



Begitulah ceritera dunia artis. Deme ni kena berhias sebab itu kerja deme. Macam Nana and kawan-kawan Nana, kitaorang kene membaca sebab itu kerja kitaorang. B.O.R.I.N.G. Lawyer yang tak membaca ibarat Rozita Che Wan tak berbulu mata palsu. Kan tak seswai kalau macam tu? Lesson-----> do what you need to do.

Tapi cuba bayangkan kalau Rozita Che Wan kena bawak watak perempuan tua yang dah keredot. Ewww... She is so fond of being pretty, I can't even imagine if she is ugly!



Now I can. The glam Cik Ta sanggup bawak watak penggemis dalam cerita Demi Dosa Siapa. Simpan kejap bulu mata palsu. Lepas cut scene ni boleh tempek balik. Haha.

Beauty is in the eye of the beholder.

Tata Cik Ta!

xoxo
Iziana Nadia Ismail

No comments:

Post a Comment