Wednesday, 18 January 2012

Semua perempuan inginkan 'Wedding Impianku'

Salam.

Hari ni Nana nak cakap pasal kahwin. Korang ni memang tau. Suuuka sangat kawen-kawen ni.

Nana dah kahwin. Tarikhnya 19 Februari 2010. Pada tarikh yang sama Nana menjangkau usia 24 tahun. Hubby suka lupa tarikh so senang la kahwin on birthday. Tak susah-susah nak ingat banyak tarikh. Life is already complicated, make it easy will you?

Nana nak blog pasal Wedding Nana since ramai jugak kawan-kawan yang akan bernikah di tahun Dragon ni. Pada yang sedang merancang intisari majlis perkahwinan anda, good luck dan harap entry kali ni dapat jadi panduan. Tuhan saja yang tahu cabaran-cabaran before, during and after a wedding. Nana punya Wedding mengambil masa 12 bulan untuk merangka pelan rancangan. Dan hanya 2 hari untuk dipersembahkan kepada ramai. Orang kuat majlis ialah Ibu, Unty Bad, Uncle Lan. Yang lain adalah supporting team yang juga tulang belakang Wedding Nana (thanx all, sayang korang).

Malam Berinai
Nana berinai besar malam before aqad. I wanted a hindustan theme since I am anak mami. (boleh ke? Anak mami la dah dok Penang lama). And the ceremony went according to plan.


Sila abaikan tagging atas muka itu

Berinai macam ni adat je. Agama tak suruh. So kalau tak buat pon tak pe. Nana memang suuuuka sangat cerita hindustan yang ada pasai wedding or mehendi ni. The scene will be super alive with all the colours and dancing. Suka! Time Nana tak de la dancing smua. Nak mati la kalau buat tu semua. My daddy would kill me.

Before the berinai we had baca doa selamat and all. So memorable. And that night I went to bed solo for the last time of my life.

Aqad Nikah Preparation
Aqad took place on my birthday itself. Best birthday present to myself. I woke up that morning for subuh and prayed for everything to be smooth sailing. My mak andam cum wedding planner cum sponser cum aunty was beside me all the time. She doll me up into Siti Nurhaliza! (Boleh? Boleh jalan...)






Aqad ni walau pun nak duduk ja dalam Masjid (Nana aqad kat Masjid Negeri Penang) you still need to remember to have good shoes. And also please bear in mind, you need socks okay. My shoes was measured at my legs to fit me so it was custom-made. And it has a piece of my wedding dress on it. Likey!


Wedding dress ni pulak is suppose to be very comfortable and of course, beautiful! Nana bought the kain and then we sent for jahit. Kain oh kain. Actually boleh sangat la kalau nak beli kain kat Penang Juai Murah or Kamdar but hey, impian setiap perempuan ialah untuk memakai baju pengantin yang indah bak bidadari. Tanya la mana perempuan pon. And baju bak bidadari boleh didapati materialnya di tempat Nana beli material baju wedding Nana. Yes! Dah click?! Yes! Jakel!!!

Jakel is the place where I got to know that material from Bandung can be gotten here. Menantu Jakel owner tu la yang cakap. In fact she honestly said that Bandung punya material is not that wow pun. Korean and Japanese material yang bagus. Itallian laces memang terbaik la. What you need is money.

I fell in love with one material which I first went with a good friend of mine, Noor Sharizan. Sha is also getting married soon! Yipee! I went with Sha to Jakel after we attended Youth '09 kat PWTC. It was love at first sight. I put the material on my body and kepala ni dah boleh imagine baju dia macam mana. Tapi sayang seribu kali sayang. Harganya sangat tinggi melayang. So Nana cakap kat Jakel suruh keep it for me, later I will come with my mother. (Ayat macam nak belah dari kedai tapi tak tau camne)

Ibu came down to KL one fine day. I took her to Jakel. Surprisingly, menantu Jakel owner tu still ingat Nana and simpan material tu. That was like after 1 month la jugak. Terharunye.. Ibaratnye kain tu tengah tunggu kehadiranku. My Ibu held the material and she looked closely. She said you want this? I said yes. Then she put the material on my body. It fell so nicely. Masa tu tak bagitau lagi berapa harga. Nak bagi mood baik dulu. Mood pon ok, Nana tanya la Farah (menantu owner Jakel tadi) what would be the best price? She quoted the price and I saw Ibu giving me one look. Alamak... Macam nak hancur je harapan. But Farah explain that she will give discount untuk pengantin lelaki. Haha! That managed to crack a smile in Ibu. 

Ibu was still negotiating the price. But Farah says this is Roberto Cavalli. Later, the best moment in Jakel happened----->Ibu agreed! So there I was with my Roberto Cavalli material for aqad! Roberto Cavalli is one of the designer fabric yang ada kat Jakel ni. You can also find Valentino, Emanuel Ungaro, Sophie Hallete, Givenchy, Armani, Pierre Cardin, Lorenzo Riva dan pelbagai lagi.

Untuk bersanding (walaupun takde bersanding atas pelamin) Nana mengimpikan warna pink and black. Black untuk majlis pengebumian? Omg... You are soooo Windows 95. Mana dah orang pikir macam tu? Black is trending la. So cari punya cari, my eyes fell for one Emanuel Ungaro. Tak kenal pon Emanuel Ungaro ni sape. Tapi kain dia cun. Two tone! Darker pink and sweet pink. Bila tanya harga, mak ai!!!!!! Lagi mahai dari Roberto Cavalli yang dah sedia 'ribu(s)'.Sedey seketika... Namun, yang diberi nama Ibu itu senantiasa mengutamakan kehendak mahupun keperluan anaknya. Jadi, sekalung penghargaan kepada Ibu Nana yang telah bermurah hati membeli material Emanuel Ungaro tadi. Yang pengantin lelaki punya pon Ibu beli. Ibu memang sayang menantu. Happy! Veil rupanya mahal. Nampak macam kain jaring yang biasa je, tapi sebab nak ada flow yang panjang, Ibu masih mengekalkan kemurahan hatinya untuk membeli veil untuk Nana. Veil aqad panjang sampai kaki. Veil bersanding panjang macam train.

Abaikan gambar bertempek ini

Material- settled. Tailoring telah disponsor oleh my Mak Andam a.k.a macam-macam tadi tu. I love her so much. She had engaged her designer friend yang sangat 'fofular' (hehe, nama tak leh sebut nanti dia nak claim royalty) to jahit my baju and Hubby's. Harga tidak dikhabarkan kepada kami dan kami sangat kesal. Bukan la bila tahu harganya kami nak membayar balik (wakaka) cuma kami nak tahu untuk awareness kami sebagai pengantin. Apa yang penting, kami gemibira dapat menikmati rezeki di dunia ini kerana apa yang pasti, tatkala mati nanti kami tetap berkain kafan tanpa designer Razwan Radzwill mahupun Hatta Dolmat ataupun Roberto Cavalli.

Nak kahwin ni kena la ada cincin. Semua orang bagi cincin masa kawen. So nak bagi cincin jugak la. Kalau korang pikir macam tu memang bingai la. Cincin ni bulat. Tak de mula dan tak de akhir. Macam cinta. Sebab tu la cincin simbol cinta. Get it?

Nana dok survey cincin merata dah time nak kawen ni dulu. Semua kedai ada couple ring la, wedding promotion la, macam-macam.. I saw something at Habib. But when I talk to my mother, she suggested something else. Duh! Mum knows best kan? Ibu dan unty Nana bukan la jenis Mami Barang yang popular di Pulau Pinang. Tapi, being a Penangite, mami-mami ni sentiasa sinonim dengan barang kemas dan diperihalkan sebagai kaum yang suka memakai rantai berlapis-lapis dan gelang mencecah siku. Tahniah kepada Hubby, Nana bukan dalam kategori itu. My unty and Ibu suggested a jeweller to come to the house.  Jual barang kat rumah? Eww.. Terbayang mamat Bangla junjung kotak berisi rantai dan cincin. But hell no. The jeweller is going to custom made my ring. Oh I see. Suddenly I felt lucky. My baju custom made, my kasut custom made, now my ring and Hubby's ring pon custome made. Damn lucky!


Cincin siap lebih kurang sebulan dua lepas mamat tu datang sukat jari, draw cincin, dan design the cut. I like the engrave on my ring-----> I heart my Ayang. On Hubby's ring------>I heart my Baby. (korang nak muntah pegi toilet, Nana tak larang). Some may think if you custom made your ring it is expensive. But think again, when you custom made your ring, you will be able to control the price. Smart huh? Thanx Ibu and my Unty for the brilliant suggestion.

Masa nak sarung cincin kat masjid, Hubby's ring was tied to a small mini bantal on a candle and placed on a dulang hantaran bling bling dikelilingi bunga.



Among the hantaran, adat to include sirih junjung jangan dilupa. 


Sirih junjung sirih pinang,
Sirih kami junjung setingkat,
Adat dijunjung pusaka dikenang,
Bangsa berbudi hidup bermuafakat.
Siap berpantun pulak Nana. Bukan apa, sirih junjung is something yang makin dilupakan. Zaman moden ni kadang-kadang ramai yang ingat nak bagi iPad, iPod, iPhone lupa pulak kat sirih junjung. Nana suka sirih yang Nana dapat from family mertua. I am sure they put a lot of effort into this.
It does not have to be arranged memanjang ke atas, style la sikit.

Aqad went smooth with skali lafaz. I am so proud of you Mr. Hubby! Daddy sangat la confident as a wali. Being at home, jarang pulak Nana dengar Daddy practice. But masa aqad tu lancar je. I love my Daddy!




Masa aqad tu dup dap dup dap. Dekat dalam hati dok baca fatihah banyak-banyak. My photographer, courtesy of my Australian Aunty kept me busy looking at them. Their shots were wonderful. It's important to get good photographers. They are going to tail you for hours and days so you might want to bond with them fast. Here are some good ones.












Photographers, as Nana was mentioning are very important people. As pengantin, kita kena la memberi kerjasama yang tidak berbelah bagi. Haha.. Bukan susah pun, bila nampak camera, senyum (tak perlu kata apa-apa). Nana bertuah sebab Unty Nana also arranged for outdoor photography. Nana pon ada pre-wedding photo. Pre-wedding photo ambik kat Putrajaya. These are among the outdoor shots I love most.




So many people worked their best untuk menjayakan hari aqad nikah Nana, parents, unties, uncles, brother, sister. I said thanks but I want to thank them again. But the most important person and loved by both of us pengantin on that day is our Grandma! We love her since she is our Grandma, major sponsor, orang paling nak kami kahwin, dan penasihat alam rumah tangga kami.


That is all on Malam Berinai and Aqad Nikah Preparation. Nana will continue on Bersanding in the next entry. Nana dah dapat Wedding Idamanku. Nana harap kamu-kamu pun akan dapat Wedding Idaman kamu-kamu juga. 

Setiap perempuan punya impian. Impian cantik. Impian kurus. Namun impian-impian itu mungkin boleh ada kali kedua. Impian berumah tangga hanya sekali. See you again!

Tata!

xoxo
Iziana Nadia Ismail

2 comments:

  1. Cantiknya wedding photos you! thanks nana for mentioning my name there!Please come to my wedding on 3rd June tau!you wajib dtg dgn Rauf ye:)*hugsie*

    ReplyDelete
  2. Sha!!!! thanx for the visit ya? Will come on 3rd june!

    ReplyDelete