Thursday, 2 February 2012

Fesyen Artis di Majlis Anugerah. Bagaimana aurat kita?

Salam.

Masa Nana and Hubby tengok Anugerah Juara Lagu last few days, kami dok ingatkan Awan Nano tu takde la potensi nak menang dan hanya sekadar meramaikan pertandingan. Amek kaw! Rupanya menang Juara Lagu! Ok la Awan Nana, eh, Awan Nano la.

Nana suka baju Alyah. Kredit budiey

AJL 26

Cantik sangat baju ni. Tapi kalau panjangkan lengan and pakai tudung, lagi cantik. But of course, I don't condone this act. I think Alyah pon macam ralat je nak letak kepala atas Remy. Dia macam half hearted je. Kredit moon

_MG_3315

Adik-adik, sila jangan tiru gaya ini. Ni untuk husband and wife boleh la. Yang still dok coupling tu smua, jangan hampiri zina! La taqrabuz zina! Tazkirah sket. Boley? Jom kita renung-renungkan pasal aurat.

Aurat wanita adalah seluruh anggota tubuhnya kecuali wajah dan dua telapak tangannya. Leher dan rambutnya adalah aurat di hadapan lelaki ajnabi (bukan mahram) walaupun sehelai. Pendek kata, dari hujung rambut sampai hujung kaki kecuali wajah dan dua telapak tangan adalah aurat yang wajib ditutup. Hal ini berlandaskan firman Allah Subhanahu wa Ta’ala,

Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak darinya.” [TMQ An-Nur (24):31].

Yang di maksud “wa laa yubdiina ziinatahunnaa” (janganlah mereka menampakkan perhiasannya), adalah "wa laa yubdiina mahalla ziinatahinnaa", maksudnya janganlah mereka menampakkan tempat-tempat (anggota tubuh) yang di situ dikenakan perhiasan. [Lihat Abu Bakar Al-Jashshash, Ahkamul Qur`an, Juz III hal.316]. 

Selanjutnya, kalimah “illa maa zhahara minhaa” [kecuali yang (biasa) nampak darinya], ini bermaksud, ada anggota tubuh yang boleh dinampakkan iaitu wajah dan kedua telapak tangan. Demikianlah pendapat sebahagian sahabat, seperti Ibnu Abbas, Ibnu Umar dan juga Aisyah [Al-Albani, 2001:66]. 
Kredit mykhilafah

As a girl, Nana akui baju Alyah memang cantik. Manik tabur yang major glam! It wouldn't be pretty any more kalau bahagian bawah pon letak manik. Cukup la atas je. Entah sape yang reka baju Alyah yang cantek tu, but this type of gowns are always the creativity of Hatta Dolmat kan? Like these..

norman hakim dan memey suhaiza


Faezah Elai Kahwin : Nikah

Hatta Dolmat likes to emphasize on beads and pearls and petals. Ada yang suka, ada yang kata over. Tak kesah la, asalkan bahagia. Suka Hatta Dolmat!

Nana merasakan bahawa artis-artis yang akan menghadiri anugerah-anugerah berprestij negara selalunya memerlukan masa yang lama untuk menyiapkan pakaian deme. Kalau sponsor, tak yah cerita. Tapi yang kes-kes tempah ni, memang akan lama. Nana percaya, semasa si artis memilih pakaian (kalau sponsor) dan merancang rekaan (kalau tempah); si artis tersebut memiliki hak untuk menentukan gaya pakaian yang akan dipakainya. Jadi Nana dengan ini sangat setuju dengan pemilihan gaya Irma dan menganjurkan artis-artis lain mengikuti jejaknya semasa Majlis Anugerah Pilihan Pembaca Media Hiburan 2011! Aurat kita kan tanggungjawab kita? Islam itu indah.

gambar ppmh2011

Sejuk mata memandang! Tak gitu? Artis ni selalunya menjadi ikutan dan perhatian. Kalau artis tu berpersonaliti islamik, Nana gerenti, ramai yang akan suka. Sebabnya, ramai masyarakat Malaysia sekarang yang bertudung. Maka artis yang bertudung akan lebih disukai ramai berbanding artis yang suka bukak-bukak and tayang-tayang. Cuba tengok Irma ni. Tudung dia memang tutup dada and baju maxi dia ni nampak sweet sangat. Nana rasa macam cotton. Her handbag definitely complete the look. Dosa pon tak bertambah.

Cuba kita bandingkan artis-artis yang berpenampilan seksi dengan Irma... Pasti dan pasti, yang seksi meksi tu akan dikutuk kaw kaw punya sebab makin ramai yang dah menuju jalan kebenaran macacm Irma. You think and make your own conclusion. I will leave you with these pictures ....

gambar ppmh2011

gambar ppmh2011

gambar ppmh2011

gambar ppmh2011

gambar ppmh2011

gambar ppmh2011

gambar ppmh2011

gambar ppmh2011

gambar ppmh2011

gambar ppmh2011

gambar ppmh2011

gambar ppmh2011

gambar ppmh2011

gambar ppmh2011

Dah pilih nak ikut jalan mana?

Dunia ibarat sangkar penjara bagi orang Islam, kerana yang menunggu di sana adalah mahligai istana. Percayalah, di sana kekal abadi.

Tata!

xoxo
Iziana Nadia Ismail

2 comments:

  1. nana...prop alyah zaha planner yg buat..
    not sure abt d dress tp rasanya org yg sama..
    try zaha planner di fb tgk.. :)

    ReplyDelete
  2. oh yeah? liked it. tq for the info!

    ReplyDelete