Monday, 13 February 2012

Kapal Terbang Hello Kitty. Fly meow fly...

Salam.

Pada friends yang mengenali Nana, Nana memang peminat tegar Hello Kitty. Nana start minat Hello Kitty masa kat UIA. For me, Hello Kitty is the cuuuutest little thing.. Pada yang tak tau, Hello Kitty direka oleh Yuko Shimizu untuk syarikat di Jepun, Sanrio. Karakter kucing comel ber-ribon di telinga ni adalah staple of the kawaii segment of Japanese popular culture. Kawaii tu ape? Kawai tu kecomelan dalam konteks budaya Jepun. Jepun ni memang berbudayakan kecomelan. Tu yang deme asyik nak posing ala-ala comel bila bergambar tu.

Kawan-kawan Nana di UIA memang semua dah tau betapa fanatiknya Nana dengan Hello Kitty sebab kereta Nana full of Hello Kitty stuff. Nama kereta Nana pon Princess Kitty. Daripada tissue box, stering, gear, tempat duduk, safety belt, hand brake, bla bla bla seeeeeeeemua Hello Kitty. Dalam bilik Nana kat mahallah pon banyak benda HK. Paling obvious is my carpet. Semua roomates masuk bilik nampak carpet pink HK. Jam dinding pon HK. Pendek kata, semua benda la HK. Roomates Nana tak rimas pon, in fact deme yang akan bagitau kat mana ada jual barang HK.

Lepas Nana kahwin, Nana nak slow down jap dengan collection HK Nana tu. In fact, barang-barang dalam kereta pon Nana bukak simpan dalam bonet. Dok masuk dalam court dengan kereta HK tu kang orang perli plak. Lagi pon, kereta-kereta yang ada deco ala-ala comel ni selalunya mudah jadi target. Nana dulu selalu balik malam, risau la. Dengan sebab-sebab tu la maka Nana rationalised and decided to keep it on the low.

Gambar Nana nak share ni Nana jumpa kat blogserius. Laporan asal dari cnngo. Nana tengok gambar ni tanpa rasa terkejut. Sebab I am fully aware of the popularity of my favourite Hello Kitty. So takat gambar-gambar ni, small de pieces je bak kata Apek.

hello kitty plane

Taiwan punya company, Eva Air ada 3 aeroplane HK. Sebenarnya ni bukan kali pertama deme buat jet HK ni, tahun 2005 pon dah pernah ada. Yang kali ni punya dipanggil Apple Jet, Magic Jet dan Global Jet. Comel kan? Comel banget.

hello kitty airbus

hello kitty airplane

hello kitty Eva air

hello kitty flights

hello kitty planes

Tu cerita kapal terbang. Pernah tengok Hotel Hello Kitty? Yang hotel tu dah lama dah. Nah.. tengok sendiri. 







Tu hotel je. Pernah tengok hospital bersalin Hello Kitty? Pengsan!


Haha. HK ni memang comel. Tapi perlu Nana highlight, orang yang meminati HK tak semstinya meminati kucing (aku la tew). HK is just a cartoon character, berbeza dengan kucing sebenar yang berkuku dan bertaring dan berbulu dan... and the harmful list goes on.

Apa-apa pon, Nana suuka HK dan nanti dah ada baby girl Nana akan dress up dia in HK ballerina tutu. Kalau boy tak la. Haha! 

Tata!

xoxo
Iziana Nadia Ismail

No comments:

Post a Comment